Monday, December 3, 2007

SIARAN B.R.O NO.59/1955 : CUTI SAKIT - PEKERJA BERGAJI HARI

SIARAN B.R.O. NO. 59/1955


KERAJAAN NEGERI BRUNEI

CUTI SAKIT - PEKERJA BERGAJI HARI

Siaran B.R.O. No. 9 tahun 1941, dengan ini dibatalkan dan mulai dari tarikh siaran ini maka peratoran yang berikut akan dijalankan:-

  1. Pekerja bergaji hari akan berhak mendapat pemberian ubat (medical treatment) dengan percuma, dan bolehlah dibenarkan masuk berubat kerumah sakit dengan tidak kena apa-apa bayaran, akan tetapi tidak akan berhak menerima bayaran gaji atas mana-mana hari yang mana ianya tidak bekerja.
  2. Seorang pekerja siapa yang telah berkhidmat cukup lima tahun dengan tidak berputus-putus dan siapa yang didapati menghidap penyakit Batuk Kering bolehlah, tertakluklah kepada sokongan dari State Medical Officer dan dengan kebenaran British Resident, maka ia akan diberi cuti dengan separuh gaji hingga selama tiga bulan.
  3. Seorang pekerja siapa yang telah berkhidmat cukup sepuluh tahun dengan tidak berputus-putus dan telah didapati menghidap penyakit Batuk Kering bolehlah, tertakluklah kepada sokongan dari State Medical Officer dan dengan kebenaran British Resident, maka ia akan diberi cuti dengan gaji penuh hingga selama enam bulan.
  4. Tidak ada seorang pekerja boleh diberi cuti dibawah 2 dan 3 diatas akan dibenarkan memegang kerja melainkan State Medical Officer telah akui bahawa ianya layak bekerja.
  5. Tidak ada seorang pekerja bergaji hari boleh ditukarkan kepada gaji bulan melainkan suatu surat sijil kesehatan telah diberi oleh seorang Medical Officer.


Sgd. J.O. Gilbert,

British Resident,

Brunei.

British Resident’s Office,

Brunei, 2nd November, 1955.